Klik Sini Dulu Meh... =D

Kata-kata dari pemunya blog....

Assalammualaikum & salam sejahtera....selamat dtg ke blog yg simple ni...sudi2lah menjenguk dan kalau blh, jgn lupa follow yerk...nadi blog saya, adalah anda semua yang follow blog ini...thanks semua.... (^_*)


Wednesday 6 July 2011

25 Hari Lagi

Salam semua.....

Sekejap dah hari rabu kan...ishhhhhh...bersamaan 6 haribulan 7.......25 hr je lagi dh nk puasa....moga2 kite semua dpt merasai nikmat ramadhan tahun ni....

Sempena nk menjelang ramadhan ni, ape kate kite selami maksud puasa....Puasa secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' pula bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

Dalam bahasa arab puasa ialah  صوم ..... seperti dalam niat puasa iaitu:

  
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya :  Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Amin...amin..amin...moga kite semua dapat merasai puasa pd tahun ini...amin....puasa ganti jgn lupe nk buat yerkkkkk.....jumpa lg nnt....


TQ sudi baca..komen la..jgn segan2 (^_*)

0 memberi komen: