Klik Sini Dulu Meh... =D

Kata-kata dari pemunya blog....

Assalammualaikum & salam sejahtera....selamat dtg ke blog yg simple ni...sudi2lah menjenguk dan kalau blh, jgn lupa follow yerk...nadi blog saya, adalah anda semua yang follow blog ini...thanks semua.... (^_*)


Friday 26 August 2011

Adakah SAH???

Assalamualaikum semua...selamat pagi jumaat... (^_^)

Kat sini, aku nak share pada semua mengenai "Adakah SAH puasa seseorang yang belum mandi WAJIB sedangkan sudah SUBUH" iaitu seseorang yang telah habis hadas besar nya, dan ingin melakukan PUASA, namum belum mandi WAJIB sedangkan SUBUH telah masuk...harap2 korang faham la ayat aku ni yerk...hehe...

Walaupun puasa dah nak habis, tapi ini untuk pengetahuan kita semua....Nak tahu sah ke x...??hehe..k, jawapan nya SAH....sekiranya seseorang itu telah berniat di malam hari atau sebelum subuh....Kebenarannya di kuatkan lagi dengan Riwayat Al-Bukhari, Bab As-Soim Yusbihu Junban, 2/679 ; Muslim, 2/779...

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ كان يُدْرِكُهُ الْفَجْرُ وهو جُنُبٌ من أَهْلِهِ ثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ
Ertinya : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w  dalam keadaan berjunub hasil bersama dengan isterinya semasa sampai waktu fajar (Subuh), kemudian baginda s.a.w mandi dan berpuasa pada hari tersebut.

Malah isteri Nabi s.a.w iaitu Ummu Salamah r.a pernah ditanya adakah sah puasa seseorang itu setelah masuk waktu subuh berpuasa sedangkan ia belum mandi WAJIB.
Ummu Salamah menjawab :-

كان رسول اللَّهِ يُصْبِحُ جُنُبًا من جِمَاعٍ لَا من حُلُمٍ ثُمَّ لَا يُفْطِرُ ولا يَقْضِي
Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w sendiri pernah masuk Subuh dalam keadaan ia berjunub hasil 'bersama dengan isterinya' dan bukan dari mimpi , kemudian bgainda tidak berbuka dan tidak pula mengganti puasanya (menunjukkan puasanya sah)" ( Riwayat Muslim, 2/780 ; sohih )

Ok, harap korang semua dapat tambah kan ilmu korang dengan entry aku kali ni...yang baik datang dari NYA, sebalik nya dari aku....semoga kita dapat manfaatkan ilmu kurniaan ALLAH s.w.t, amin....sumber diperoleh dari Ustaz Zaharuddin Abd Rahman @   zaharuddin.net 


TQ sudi baca..komen la..jgn segan2 (^_*)

2 memberi komen:

Rosmarieza said...

thanks wani~ ritu ustaz don daniyal pown ade gak cakap sal bab ni~ mekasih atas perkongsian!:)

Wani said...

same2 rorose... =D